Pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu: satu kajian kes

Pengarang

Abstrak

Makalah ini melaporkan kajian tentang pola pemerolehan bahasa kanak-kanak Melayu. Pengkaji menghuraikan dua teori pemerolehan bahasa, iaitu behaviuris dan mentalis, serta mengkaji pemerolehan bahasa kanak-kanak mengikut peringkat fonologi, morfologi, dan sintaksis. Data diperoleh daripada responden melalui kaedah pemerhatian, rakaman dan ujian. Pengumpulan data mengambil masa dua tahun satu bulan, bermula dari hari kelahiran responden sehingga responden dapat mengujarkan ayat yang mempunyai makna. Pengkaji merumuskan bahawa pemerolehan bahasa berbeza tahapnya bagi setiap kanak-kanak berdasarkan kecerdasan masing-masing.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2002-03-04