Pemerian polisemi "datang": satu analisis linguistik kognitif
Abstrak
Polisemi kata yang ekabentuk fonologinya tetapi multisensa dan berkaitan semantiknya bermasalah kepada teori semantik dan aplikasi semantik seperti leksikografi, terjemahan dan sistem pemprosesan bahasa tabii. Dalam praktis perkamusan, tiada kriteria yang objektif untuk menganalisis dan mengendalikan kata yang berpolisemi. Kajian ini meneroka polisemi leksikal dengan satu telaah yang mendalam tentang kata "datang". Dengan menerapkan kerangka kerja linguistik kognitif, kajian ini memperlihatkan bahawa kata yang polisemantik sifatnya ini mempunyai struktur radial yang sistematik binaannya. Sensa pinggiran terbit daripada sensa yang teras. Ketersalingkaitan yang diperlihatkan oleh setiap sensa itu adalah bermotivasi sifatnya dan bukanlah arbitrari penampilannya. Peluasan semantiknya berlaku melalui projeksi metafora konsepsi dan metonimi sena transformasi skema imej. Kajian ini telah mencuba menggunakan jaringan semantik "datang" yang sangat kemas binaannya ini sebagai asas untuk menyusun semula makna dan mengendalikan entri yang berpolisemi ini di dalam kamus.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
