Variasi sosial bahasa Melayu di Kuching: satu dialektologi sosial bandar
Abstrak
Makalah ini menelili keterikatan variabel fonologi dengan variabel sosial serta melihat variasi fonologi yang sering digunakan oleh masyarakat bandar raya Kuching, Sarawak. Enam variabel fonologi yang dikaji ialah (al), (a2), (r), (h), (ai) dan (au). Penggunaan variabel fonologi tersebut diteliti dalam empat gaya bahasa, iaitu gaya daftar kata, gaya membaca petikan, gaya perbualan formal dan gaya bersahaja, serta berasaskan kelompok sosial yang dilihat dari segi pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan jenis rumah. Kajian ini berlandaskan dialektologi sosial bandar. Didapati bahawa fonologi kelompok sosial menengah cenderung mengalami pembahan berbanding kelompok sosial bawahan. Perubahan fonologi ini berlaku mungkin disebabkan oleh elemen konteks sosial, seperti status ekonomi yang meningkat, suasana pekerjaan, taraf pendidikan dan ruang Iingkup komunikasi yang luas dan pelbagai. Kelompok bawahan pula, walaupun masih mengekalkan identiti fonologi dialek Melayu Sarawak, pengekalannya adalah pada tahap yang sederhana. Hasil kajian berdasarkan keenam-enam variabel fonologi yang diteliti membayangkan bahawa integrasi bahasa, khususnya sebutan mula berlaku di kalangan masyarakat bandar Kuching dengan sebutan standard masyarakat di Semenanjung Malaysia.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
