Analogi dalam tafsiran ungkapan bahasa Melayu: ''matahari sepenggalah tingginya''
Abstrak
Bahasa Melayu menggunakan segolongan kata nama terbitan yang tertentu dalam ungkapan yang berkaitan dengan sukatan "masa' dan " ruang" . Kata-kata sukatan ini diterbitkan bersama imbuhan pe(N)- diawali oleh kata bilangan. Ciri struktur nahuan dalam kata-kata yang demikian dapat dikaji secara analogis dalam hubungannya dengan kata kerja terbitan me(N)- yang diterbitkan dari kata dasar yang sama. Maksudnya, kata terbitan pe(N)- diterangkan sebagai kata nama perbuatan (nomina actionis). Namun, kata terbitan (se-)penggalah (< galah) yang digunakan dalam ungkapan seperti "matahari sepenggalah tingginya" rupa-rupanya sukar diterangkan dengan cara yang sama, dengan mengandaikan kata kerja perbuatan menggalah sebagai dasarnya. Makalah ini bertujuan untuk menghuraikan makna imbuhan pe(N) - yang terkandung dalam kata terbitan (se-)penggalah dari segi tatabahasa dan juga mentafsirkan ungkapan "matahari sepenggalah tingginya" secara saintifik yang menggambarkan fenomena alam semesta. Perbincangan yang kedua ini akan dihubungkaitkan dengan ilmu falak yang menjadi dasamya. Warisan ilmu pengetahuan orang Melayu yang demikian dikekalkan dalam struktur bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
