Dialektologi bahasa Bugis di Sabah
Abstrak
Data kajian ini dikutip di daerah Tawau, Sabah kerana masyarakat Bugls yang berhijrah ke Sabah dari Pulau Sulawesi Selatan telah lama bermastautin di daerah Tawau. Bahasa Bugis masih digunakan oleh masyarakat Bugis di daerah tersebut. Bangsa Bugis ialah bangsa yang bertamadun kerana mempunyai tulisan tangan mereka sendiri yang dinamakan Lontara. Orang Bugis di daerah Tawau menghubungkaitkan kelahiran tulisan tangan mereka dengan I La Galigo, iaitu puisi agung yang diilhamkan daripada legenda Bugis. Namun, dalam kehidupan sebenar, bahasa Bugis ditentukan oleh ciri bunyi yang ada di sekitarnya. Kewujudan alomorf membuktikan hal ini. Golongan kata yang utama dalam bahasa Bugis ialah kata nama, kata kerja, dan kata adjektif, serupa dengan yang ada pada bahasa Melayu.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
