Orang pekak sebagai cacat atau pengguna minoriti bahasa: perspektif perubatan dan linguistik
Abstrak
Komuniti orang pekak berkomunikasi berlainan daripada mereka yang berpendengaran biasa. Orang biasa melalui saluran bunyi, iaitu pertuturan dan orang pekak melalui saluran isyarat. Isyarat yang digunakan orang pekak dikaitkan dengan ketidakmampuan mereka mendengar bunyi akibat kecacatan pada deria pendengaran. Lalu mereka dilabel sebagai orang cacat seperti kumpulan orang cacat yang lain. Akhir-akhir ini timbul pandangan yang melihat orang pekak sebagai tidak memiliki kecacatan tetapi sebagai pengguna bahasa yang berlainan. Perspektif ini dilihat dari sudut linguistik, manakala dari perspektif perubatan orang pekak dilihat sebagai cacat kerana bermasalah dengan deria dengar dan tidak mampu bertutur. Hal ini akan dibincangkan melalui persoalan yang berikut: (1) Apakah komuniti orang pekak merupakan kumpulan orang yang memiliki kecacatan atau kumpulan pengguna bahasa minoriti? (2) Bagaimanakah kedudukan komuniti orang pekak di Malaysia? (3) Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi dan bagaimanakah orang pekak berkomunikasi? Kefahaman tentang persoalanĀ tersebut penting untuk kita membuat perbandingan, perbezaan dan perkaitannya dengan komunikasi yang digunakan oleh orang pekak, dan akan memberikan maklumat apakah perlu orang pekak dilabel sebagai orang cacat yang tiada bahasa.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
