Kata Kerja Bersiri dalam Bahasa Melayu

Pengarang

  • Rogayah A. Razak Universiti Kebangsaan Malaysia image/svg+xml
  • Norizan Rajak Urbane Ethos Sdn Bhd Pusat Intervensi Awal Komunikasi

Abstrak

Makalah ini mengupas ciri sintaksis dan jenis binaan kata kerja bersiri dalam bahasa Melayu khususnya yang terdapat dalam dialek Kedah dan dialek Melaka. Kata kerja bersiri dapat didefinisikan secara kasar sebagai struktur yang mempunyai dua atau lebih kata kerja berentetan KK1 KK2 seperti: [FN KK1 (FN2) KK2 (FN3)] tanpa kehadiran sebarang penanda koordinat atau subordinat secara ketara. Berdasarkan definisi ini enam kategori kata kerja bersiri telah dihasilkan. Sifat kata kerja bersiri juga telah diperincikan. Baker (1989) mengemukakan beberapa jenis kata kerja bersiri yang dapat dianggap sebagai kata kerja bersiri semu khususnya yang berbentuk [FK KK KN KK KN]. Antara kata kerja bersiri yang Baker tidak kategorikan sebagai kata kerja bersiri termasuklah yang berbentuk [FK KK KK KN KPen] seperti kata kerja bersiri gerak. Walau bagaimanapun, makalah ini ingin membuktikan bahawa kata kerja bersiri gerak wujud dalam bahasa Melayu khususnya dalam dialek Melayu Kedah. Tiga ujian diagnostik seperti ujian penafian, ujian pengekstrakan argumen dan ujian intonasi memperlihatkan perbezaan antara kata kerja bersiri yang berbeza tingkah lakunya berbanding dengan kata kerja dalam ayat sematan

Kata kunci: proses, klausa, nahu fungsional, wacana, lakuan, minda, keadaan, kewujudan

Biografi Pengarang

  • Rogayah A. Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Program Sains Pertuturan, Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-12-02