Penguasaan bahasa dan kreativiti wacana sastera: fenomena Membunuh Orang Gila Sapardi Djoko Damono
Abstrak
Dengan Membunuh Orang Gila, Sapardi muncul sebagai pengarang cerpen, padahal sebelumnya dia hanya menulis puisi. Pengucapan bahasa antologi ini berbeza dari yang menandai cerpen dalam Pengarang Telah Mati, antologi cerpennya yang lebih dulu. Cerpennya bukan "prosa yang puisi" yang memanfaatkan bentuk puisi. Ia memanfaatkan mekanisme pengucapan bahasa puisinya, pengucapan bahasa tanpa pemborosan dan staccato, yang penuh lompatan tanpa kata yang menandai hubungan antara dua unit pengucapan bahasa. Ini dimungkinkan oleh pengalaman puisi dan penguasaan bahasa Sapar di dan oleh pengalamannya bergerak dalam dunia ilmu sastera dan bahasa. Kerana itu dia juga mampu menggunakan kata dan ungkapan yang selama ini dianggap telah mengklise namun di tangannya berubah menjadi sesuatu yang segar dan menyegarkan.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
