Kajian perbandingan frasa negatif bahasa Melayu dan bahasa Jepun
Abstrak
Kajian tentang negasi (negation) telah mendapat perhatian di Eropah sejak berabad yang lalu, tetapi penerokaannya dalam bahasa Melayu masih sedikit. Kajian ini merupakan satu perbandingan penggunaan frasa negatif dalam bahasa Melayu dan bahasa Jepun. Sumber frasa-frasa negatif diperoleh daripada tiga buah novel Melayu yang telah diterjemahkan dalam bahasa Jepun. Hasil daripada kajian secara kuantitatif, lebih 60 peratus daripada frasa negatif bahasa Melayu mampu disampaikan dalam bentuk negatifbahasa Jepun. Waiau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang menunjukkan bahasa Jepun lebih cenderung menggunakan frasa negatifberbanding dengan frasa positif. Selain itu, konstituen negatif seperti '-nai' (tidak/bukan) dalam BJ bukan sahaja digunakan untuk tujuan penafian. Ia juga turut digunakan dalam frasa ataupun ayat untuk menunjukkan larangan ataupun kemestian ke atas sesuatu perkara apabila unsur ataupun konstituen negatif itu digandakan (double negation).
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
