Eufemisme Pengurusan Jenazah Masyarakat Melayu Sarawak: Analisis Semantik Kognitif
(Euphemisms in the Handling of the Dead in Sarawak Malay Community: A Cognitive Semantic Analysis))
Abstrak
Makalah ini meninjau eufemisme masyarakat Melayu Sarawak dalam hal kematian, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan jenazah. Data kajian ini diperoleh menerusi kajian lapangan yang dijalankan di daerah Kuching, Sarawak, menggunakan kaedah temu bual, rakaman dan catatan. Data dianalisis berdasarkan kerangka semantik kognitif saranan Lakoff (1987). Beberapa mekanisme kognitif dimanfaatkan dalam analisis data seperti skema imej, metafora konsepsi dan metonimi. Dapatan kajian menyerlahkan bahawa pengkonsepsian eufemisme kematian dalam Masyarakat Melayu Sarawak banyak dipengaruhi oleh budaya berbahasa masyarakat tersebut yang mementingkan kesantunan dan kehalusan budi bahasa dalam komunikasi. Selain itu, pegangan agama Islam yang mendasari pemikiran dan amalan seharian masyarakat turut tertanam dalam pengungkapan eufemisme. Senario ini secara langsung menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Sarawak mempunyai bentuk bahasa tertentu dalam mengungkapkan perihal kematian, khususnya tentang pengurusan jenazah. Kajian ini menonjolkan sisi linguistik bidang semantik kognitif dalam penelitian eufemisme kematian, yang menjurus kepada Masyarakat Melayu Sarawak.
Kata kunci: eufemisme, Melayu Sarawak, kematian, semantik kognitif, budaya
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
