Pemerolehan morfologi dan sintaksis kanak-kanak Melayu
Abstrak
Makalah ini membincangkan pemerolehan morfologi dan sintaksis awal kanak-kanak Melayu dari umur 15-24 bulan. Beberapa anggapan daripada teori pemerolehan bahasa sebagai bahasa pertama telah digunakan sebagai dasar penelitian ujaran kanak-kanak Melayu. Perbincangan tertumpu kepada peringkat yang dilalui oleh kanak-kanak seperti ujaran satu suku kata dua kata, dan peringkat ujaran tiga kata dan akhirnya ujaran yang melebihi tiga kata. Pada setiap peringkat, sifat utama yang muncul ada kaitannya dengan pertumbuhan kognitif kanak-kanak.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
