Bahasa dan pendidikan bahasa dalam konteks pembinaan tamadun dan masyarakat madani
Abstrak
Makalah ini berfokus pada upaya menghuraikan peranan bahasa dan pendidikan bahasa dalam pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Huraian dilakukan dengan berasas pada pendekatan falsafah Islam. Dalam makalah ini, penulis menumpukan perbincangan pada beberapa asas pembinaan tamadun dan masyarakat madani. Yang pertama ialah peranan bahasa dan pendidikan bahasa dalam pembentukan konsep diri insan yang digelar haiwan natik sebagai makhluk teristimewa ciptaan Tuhan. Adanya akal dan bahasa sebagai bahagian penting diri yang hakiki itulah yang memungkinkan manusia membina kebudayaan dan selanjutnya tamadun. Yang kedua ialah peranan bahasa sebagai wahana pemerolehan dan pengembangan ilmu sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat 31 Surah al-Baqarah tentang peristiwa Nabi Adam a.s. dikurniai oleh Tuhan nama sekalian kejadian di alam sarwajagat, iaitu isyarat yangjelas tentang pentingnya bahasa sebagai wahana ilmu. Dengan demikian penguasaan bahasa serta upaya belajar dan mengajarkan bahasa berkait rapat dengan proses pemerolehan dan pengembangan ilmu dan hal ini direalisasikan dalam pelaksanaan gagasan bahasa merentas kurikulum. Selanjutnya dibincangkan upaya pengislaman ilmu yang turut meliputi pengislaman disiplin linguistik, dengan pengertian penerapan tasawwur atau pandangan sarwa Islami dalam penanggapan tentang hakikat bahasa dalam konteks pembinaan tamadun.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
