Perkaitan bahasa Melayu dan bahasa Iban: satu tinjauan ringkas
Abstrak
Bahasa Melayu dan bahasa Iban tergolong dalam rumpun Austronesia. Sehubungan itu bahasa Melayu (seterusnya BM) dan Bahasa Iban (seterusnya Bib) dikatakan berasal dari satu keturunan yang sama, iaitu dari bahasa induk atau bahasa purba Melayu-lban. Keadaan ini disebabkan oleh banyaknya persamaan di antara kedua-dua bahasa tersebut berbanding dengan bahasa-bahasa serumpun yang lain. Untuk melihat persamaan dan perkaitan ini, satu tinjauan sepintas lalu dibuat terhadap BM dan Iban berdasarkan aspek fonologi, tatabahasa, dan leksikal. Kajian terhadap unit dan unsur-unsur nahu serta leksis, memperlihatkan tentang hilang atau bertahannya unsur-unsur linguistik tertentu serta mengukuhkan unsur-unsur lain dari sistem bahasa. Di samping itu untuk melihat tingkat kekognatan dan kekerabatan, kaedah leksikostatistik dan glottokronologi turut digunakan dengan mengambil 100 perkataan dari senarai kata Swadesh.
Rujukan
Muat turun
Diterbitkan
Terbitan
Bahagian
Lesen
Setelah makalah diterima untuk diterbitkan, penulis diminta untuk menyerahkan hak ciptanya kepada penerbit. Pemindahan ini akan memastikan penyebaran maklumat dapat dilaksanakan seluas-luasnya. Pemberitahuan akan dihantar kepada penulis bagi mengesahkan penerimaan manuskrip untuk diterbitkan dalam Jurnal Bahasa. Sekiranya terdapat petikan daripada karya hak cipta yang lain disertakan, penulis mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik hak cipta dan mengkreditkan sumber dengan jelas dalam makalah tersebut.
