Teori ikonisiti dalam sintaksis

Pengarang

Abstrak

Teori linguistik sekarang ini menunjukkan pengaruh paradigma Plato dan Aristotle. F. de Saussure, seorang ahli linguistik penganut paradigma Aristotle, menyatakan bahawa bahasa bersifat arbitrari. Teori ini menguasai penelitian bahasa selama puluhan tahun. Pada tahun 1971 R. Jakobson melalui makalahnya "Quest for the essence of language" cuba mencabar teori arbitrari Saussure. Berdasarkan paradigma Plato serta mengutip kalimat Julius Caesar yang terkenal veni, vidi, vici "aku datang, aku melihat, aku menang", Jakobson hendak menunjukkan terdapat ikonisiti atau bukan arbitrari dalam bahasa. Sarjana itu berpendapat bahawa sebagai tanda, bahasa tidak searbitrari seperti yang dikatakan o.leh Saussure. Dengan mendapat pengaruh yang kuat dari filsuf C.S. Peirce dan C. Morris, makalah Jakobson di atas menjadi jalan pembuka bagi ahli linguistik untuk meneliti kembali sifat semula jadi bahasa dari sudut semiotik. Sarjana lain, seperti Ogden dan Richards (1923) berpendapat bahawa tanda bahasa terdiri daripada tiga aspek, iaitu symbol, thought dan referent. Ketiga-tiga aspek itu kemudiannya diperbaharui menjadi signifier (penanda), signified (petanda) dan referent (referen). Ikonisiti diperoleh jika petanda dicerminkan ke dalam penanda dengan mengacu kepada referen. Dalam tataran sintaktis penanda mencakupi konstruksi gramatikal seperti kata majmuk, frasa, klausa, kalimat, paragraf hingga ke wacana. Konstituen-konstituen setiap maujud tersebut mencerminkan hubungan antara penanda dan petanda.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2003-09-01