Mochtar Lubis: Pemikir Global yang Berteraskan Kemanusiaan

Pengarang

  • Wan Noor Khuzairey Wan Mohtar FAKULTI ILMU BUDAYA, UNIVERSITAS INDONESIA

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.18(2)no7

Abstrak

Makalah ini meneliti Mochtar Lubis sebagai seorang pemikir kemanusiaan global yang menggunakan sastera dan jurnalisme sebagai wadah perjuangan nilai-nilai kemanusiaan universal. Kajian ini bertitik-tolak daripada dua persoalan utama, iaitu tentang bagaimana isu kemanusiaan global dianalisis dan digambarkan dalam karya sastera dan esei Mochtar Lubis dan apakah kepentingan dalam membincangkan kemanusiaan global menurut beliau. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu kemanusiaan global menurut perspektif Mochtar Lubis dalam penulisannya serta menjelaskan kepentingannya dalam konteks sastera dan pemikiran intelektual. Kajian ini menggunakan pendekatan hermeneutik bagi mentafsir karya-karya Mochtar Lubis dalam konteks sejarah, sosial, dan politik pascakolonial. Kajian mendapati bahawa Mochtar Lubis memperjuangkan keadilan sosial, pemerkasaan wanita serta menentang autoritarianisme dan korupsi. Pemikirannya menolak kekerasan dan dominasi ideologi serta menekankan maruah manusia dan perdamaian sejagat. Makalah ini merumuskan bahawa Mochtar Lubis bukan hanya tokoh sastera Indonesia, tetapi juga merupakan seorang intelektual global yang memberikan sumbangan penting terhadap pembentukan wacana kemanusiaan universal daripada perspektif Selatan Global, iaitu kumpulan negara yang secara sejarahnya telah terpinggir dalam sistem ekonomi dan politik dunia akibat penjajahan, imperialisme serta ketidakseimbangan kuasa global.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-07-31