Mengenai Jurnal

Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Januari dan Julai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan pertama bermula pada bulan Jun 2003. Walau bagaimanapun jurnal ini pernah dihentikan penerbitannya pada 2007 hingga 2012. Jurnal ini kembali diterbitkan pada Januari 2013 sehingga kini.

Tujuan dan Skop 

Jurnal ini diterbitkan untuk membicarakan isu dan pemikiran dalam pelbagai bidang dalam Dunia Melayu berdasarkan penyelidikan akademik. Isu dan pemikiran ini tertumpu pada skop tamadun, budaya, pemikiran, kesenian, kearifan Melayu, keagamaan, bahasa, sastera, sejarah dan ekonomi secara umumnya. Makalah dalam jurnal ini ditulis dalam bahasa Melayu (untuk kebanyakan makalah) dan dibenarkan juga dalam bahasa Inggeris.