Peranan Parang Ilang dalam Kebudayaan Material Iban di Sarawak

Pengarang

  • Adilawati Asri Miss
  • Noria Tugang Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak
  • Abigail Jelembai Christopher Ajop Universiti Malaysia Sarawak image/svg+xml
  • Muyyar Mukresh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.18(2)no6

Abstrak

Kajian mengenai parang Ilang dikupas melalui peradaban Iban dan kebudayaan yang menjadi mercu tanda keagungan dan kegemilangan dalam menzahirkan ketamadunan mereka di Sarawak. Parang Ilang merupakan logistik tradisional yang berperanan penting dalam kebudayaan material Iban di Sarawak. Parang Ilang Iban bukan sekadar logistik pertahanan dan memburu, malah melambangkan status sosial, kepahlawanan, kekuatan, keberanian serta warisan yang diwarisi secara bergenerasi. Parang Ilang juga menjadi citra identiti budaya Iban dalam bentuk intelektual dan aspirasi melalui naluri kehidupan. Walau bagaimanapun, pelbagai faktor telah mengubah corak kebudayaan Iban semasa era kolonialisme. Tambahan pula, pembangunan moden serta arus globalisasi memperlihatkan ketidakupayaan masyarakat Iban kini untuk memahami asal usul parang Ilang dan peranannya dalam kebudayaan material di Sarawak. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan parang dalam kebudayaan material Iban di Sarawak yang merangkumi aspek peralatan perang, adat lama, perubatan tradisional serta warisan dan pusaka Iban. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk etnografi yang didasari oleh kajian kerja lapangan melalui kaedah pemerhatian biasa, pemerhatian turut serta dan temu bual dengan informan melalui triangulasi. Kajian ini mengaplikasikan teori oleh Fleming (1974) dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa peranan parang Ilang dalam kebudayaan material Iban masih kekal relevan untuk dipraktikkan sehingga kini. Kesimpulannya, peranan parang Ilang penting untuk dihayati secara bersama agar generasi muda dalam lebih mengenali dan memahami perjuangan hidup nenek moyang mereka terdahulu sebelum wujudnya pemodenan yang dikecap pada hari ini.

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-07-31