Representasi "Melayu Baharu": Kajian terhadap Filem Terpilih Arahan Rahim Razali

Pengarang

  • Zulhairi Md Zin

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.18(1)no7

Abstrak

Filem merupakan medium terbaik sebagai perakam sejarah atau latar masa sesebuah masyarakat atau negara. Era 80-an menyaksikan pengarah Rahim Razali sebagai salah seorang figura cendekiawan seni kontemporari tempatan yang menggunakan latar ideologi pembangunan negara khususnya kepada Melayu dan mengangkat realisme sosiobudaya dan politik bangsa sebagai tema dalam filem f ilemnya. Pembentukan identiti Konsep Melayu Baharu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) menjadi tema naratif f ilem-filem beliau. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis representasi wajah Melayu Baharu yang lahir hasil daripada implikasi pelaksanaan DEB dan BCA menerusi filem Abang (1981) dan Matinya Seorang Patriot (1984). Kajian ini menggunakan analisis kandungan kualitatif untuk mengupayakan operasi analisis wacana kritis dan analisis pembingkaian terhadap kedua-dua buah filem tersebut. Dapatan analisis menunjukkan bahawa filem Abang adalah signifikan sebagai perakam sosial, politik dan budaya masyarakat Melayu kesan daripada proses modenisasi masyarakat Melayu yang terbentuk daripada implikasi perlaksanaan DEB pada ketika itu. Sutradara Rahim Razali turut mengemukakan pertentangan antara amanah dan korupsi di dalam dunia korporat Melayu dalam Matinya Seorang Patriot. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa Rahim Razali telah menjalankan tanggungjawabnya kepada masyarakat dengan menyampaikan ideologi dominan dan kritikan dari segi sosial, sosio ekonomi dan sosio politik dalam usaha memberi pencerahan kepada penon

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2025-01-27