Penjejakan Kosa Kata Melayu: Data dalam Kamus Pigafetta (1521)

Pengarang

  • James Thomas Collins Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.17(1)no1

Abstrak

Makalah ini mengkaji kamus Melayu yang paling tua berdasarkan data yang dicatatkan oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1521. Kamus ini disusun oleh Pigafetta sendiri (1522-1524) dan diterbitkan sebahagiannya pada tahun 1536. Naskhah Pigafetta ini (Manuskrip Ambrosiana) disimpan di Milan, Itali (Roberston 1906). Hanya beberapa sarjana abad ke-20 yang mengkaji data leksikal ini. Namun begitu, atas beberapa sebab, identifikasi makna dan sumber kosa kata ini belum dijejaki dengan tuntas. Pada hari ini, 500 tahun sesudah kajian lapangan Pigafetta, terdapat bahan baharu yang dapat dimanfaatkan. Makalah ini meninjau beberapa data dalam kamus Pigafetta untuk memahami situasi sosiolinguistik di Nusantara Timur pada zaman itu, serta menjejaki makna dan sumber data pada tahun 1521.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2023-12-27