Pembentukan Seni Abstrak Ekspresionis dalam Konteks Seni Moden Malaysia (1950-an-1970-an)

Pengarang

  • Sarena Abdullah Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.
  • Chow Sow Yeng Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.17(1)no3

Abstrak

Ekspresionisme Abstrak yang bermula di Barat dan kemudiannya turut mempengaruhi negara di Timur. Pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, Ekspresionisme Abstrak menjadi pemangkin dalam peralihan Seni Moden di Asia. Di Malaysia, dengan sokongan terhadap Ekspresionisme Abstrak dan semangat Ekspresionisme, seni abstrak menjadi trend utama dalam dunia seni sejak tahun 1950-an. Ekspresionisme Abstrak daripada dua dunia—Amerika dan/atau Eropah dan Malaysia—adalah berbeza, terutamanya daripada segi pendekatan dan kreativiti seniman masing-masing. Makalah ini membincangkan evolusi karya abstrak melalui hasil karya oleh Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Latiff Mohidin, dan Chew Teng Beng. Perbincangan seterusnya tentang kepelbagaian bentuk abstrak dalam seni Ekspresionis Abstrak Malaysia melalui kajian hasil karya oleh semua seniman yang tersebut. 

Teks penuh: PDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2023-12-27