Pembinaan Garis Panduan Muzium Patuh Syariah di Malaysia

Pengarang

  • Ahmad Farid Abd Jalal Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, Malaysia.
  • Siti Maimunah Kahal Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia.
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.16(1)no7

Abstrak

Dewasa ini, peranan muzium amat besar sekali. Muzium berfungsi sebagai institusi multifungsi, iaitu sebagai penjana ekonomi, penjaga harta warisan, pembawa agenda pembangunan negara dan alat pendidikan. Kesemuanya mempunyai kaitan langsung dengan usaha memartabatkan Islam dalam kehidupan. Namun begitu, di sebalik semua fungsi ini, masih belum ada lagi garis panduan muzium patuh syariah yang boleh dirujuk oleh institusi muzium. Untuk itu, kajian ini akan cuba membangunkan garis panduan muzium patuh syariah menggunakan dua kaedah utama, iaitu pertama, kaedah analisis kandungan terhadap bahan yang berkaitan dengan muzium dan Islam. Kedua, kaedah Fuzzy Delphi, iaitu kaedah mendapatkan pengesahan pakar muzium, budaya dan hukum Islam tentang garis panduan muzium patuh syariah yang sesuai dengan realiti Malaysia. Hasilnya, kajian ini mencadangkan dua garis panduan muzium patuh syariah untuk kegunaan muzium di Malaysia yang terdiri daripada aspek (a) kurator dan (b) artifak muzium. Kedua-dua garis panduan ini mengandungi sudut pandang Islam yang disesuaikan dengan realiti semasa Malaysia.

Teks penuhPDF

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-13