Rekonstruksi Fonem Konsonan Purba Rio De Panagim

Pengarang

  • Muhammad Norsyafiq Zaidi Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, Thailand.
  • Nur Shahira Mohd Hussni Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Nur Sufiah binti Azmi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
  • Nurul Huda Ariffin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.16(1)no1

Abstrak

Linggi dikatakan terbentuk dalam zahir fonologinya yang tersendiri, memisahkannya dengan varian terhampir, Melaka-Johor. Kajian ini, sesungguhnya mempunyai pegangan yang mutakhir. Sebuah kajian linguistik sejarah dilaksanakan di kawasan Kuala Linggi atau juga dikenali dengan nama lainnya Rio De Panagim untuk melihat sejauh mana fenomena dialek Melayu ini selari. Pengaplikasian teori linguistik sejarawi strukturalisme di kawasan Melaka Utara ini melibatkan sebanyak lapan buah kawasan tumpuan dalam proses cerapan data. Kaedah yang dimanfaatkan di lapangan mengguna pakai teknik lafaz, rakaman, temu bual, lakonan dan pengajuan gambar. Hasil kajian yang pertama mendapati bentuk purba kuala Linggi (Dialek Melayu Kuala Linggi Purba) ini mempunyai 18 konsonan purba seperti *p,*b, *t, *d, *k, *ɡ, *m, *n, *ɲ, *ŋ, *s, *ɣ, *h, *tʃ, *ʤ, *l, *w, *j. Kedua, sekilas daripada kajian ini menyimpulkan bahawa Kuala Linggi lebih mirip kepada varian Melaka-Johor berbanding dengan varian Linggi-Negeri-Sembilan atas pengekalan ciri Malayik Purba pada suku kata pertama dan suku kata akhir tertutup. Hal ini sekali gus meletakkan Kuala Linggi di bawah cabang varian Melaka-Johor dan sebagai perbatasan penyebaran dialek campuran Linggi. Walau bagaimanapun, andaian ini masih jauh daripada penghabisannya jika sekadar bergantung pada laporan ringkas ini. Atas asbab itu, kajian ini sangat mengesyorkan supaya dapatan ini diperkukuh dengan penyelidikan lanjutan bagi diftong dan vokal Kuala Linggi, sekali gus melengkapkan kajian linguistik sejarah di kawasan terbabit.

Teks penuhPDF

Biografi Pengarang

  • Muhammad Norsyafiq Zaidi, Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, Thailand.

    Muhammad Norsyafiq bin Zaidi is a lecturer at the Pattani Campus of Prince of Songkla University. His field of study is historical linguistics.

  • Nur Shahira Mohd Hussni, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

    Nur Shahira binti Mohd Hussni is a graduating student from Universiti Kebangsaan Malaysia. She is now conducting her practicum at a school in Perlis.

  • Nur Sufiah binti Azmi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

    Nur Sufiah binti Azmi is a graduate student from Universiti Kebangsaan Malaysia. Her area of research is phonetic acoustics.

  • Nurul Huda Ariffin, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

    Nurul Huda Ariffin is a graduating student from Universiti Kebangsaan Malaysia. Her interest in phonetic acoustic research.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-12-13