Akal Pemimpin dalam Ungkapan Melayu oleh Tenas Effendy Dilihat dalam Teks Sulalat U's Salatin

Pengarang

  • Farizan Md Amin nil
  • Hashim Ismail Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.15(2)no3

Abstrak

Menurut Tenas Effendy (2000), sebagai orang yang "dituakan", pemimpin haruslah berpengetahuan, mempunyai kebijaksanaan dan "akal", serta berada dekat dengan orang yang dipimpinnya. Beliau menjelaskan lagi bahawa pemimpin wajib memiliki "pakaian", iaitu "pakaian batin" dan keperibadian terpuji. Pemimpin perlu mempunyai ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi supaya dapat memimpin berpandukan nasihat yang berguna dan bertepatan. Dengan ilmu ini, pemimpin tahu menilai dan mengadili pertelingkahan, atau apa-apa jua masalah yang timbul dengan arif dan bijaksana. Berpandangan jauh dan berwawasan juga ialah konsep kepimpinan yang ditekankan oleh Tenas Effendy dalam ungkapan beliau. Menerusi ungkapan beliau, kajian ini memperlihatkan aspek "akal" yang wujud menerusi teks Sulalat u's Salatin. Beberapa peristiwa dinukilkan sebagai dasar perbincangan. Terdapat 29 peristiwa penting yang dipetik daripada teks tersebut. Bagi setiap konsep "akal" yang dikupas, terdapat beberapa subkategori lain yang masih tergolong dalam konsep tersebut. Sebagai seorang Melayu yang sangat halus budi pekerti, setiap ungkapan yang ditulis oleh Tenas Effendy ialah suatu nasihat yang bernas. Dalam pada itu, susunan bait yang indah dan tulisan yang cermat tentang kedudukan pemimpin dapat dihayati menerusi ungkapan beliau. Akhirnya, kajian ini memperlihatkan kedudukan "akal" sebagai syarat utama yang perlu ada pada pemimpin apatah lagi dalam menakhodai sebuah empayar, terutamanya yang menjadi rebutan pelbagai pihak.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-07-01