Kaedah Visual dan Penggolongan Makna Akhiran -an {an}

(Visual Methods and Classification of the Meaning of the Suffix -an {-an})

Pengarang

  • Sato Rahmat Hirobumi Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Yala Rajabhat, Thailand
  • Norulhudda Adnan Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.15(1)no7

Abstrak

Kajian pedagogi dalam morfologi bahasa Melayu telah lama dijalankan sejak abad ke-19. Dalam hal ini, Boer (1951) dalam buku tatabahasanya mengemaskan penggolongan makna akhiran -an {-an} kepada tiga golongan besar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1980-an hasil analisis makna akhiran -an dikemukakan secara terperinci di Indonesia dan di Malaysia. Penulis membandingkan tiga buah buku tatabahasa tokoh bahasa Melayu, iaitu Asmah (2009), Harimurti (1996), dan Nik Safiah et al. (2010). Akan tetapi, hasil kajian ini mendapati pelbagai makna akhiran berkenaan tidak dikaitkan antara satu sama lain. Artikel ini menggunakan penyusunan semula logik terhadap penggolongan makna dengan memperkenalkan empat penggolongan makna akhiran -an {-an} bersama-sama dengan idea matematik asas, himpunan dan tindanan, untuk mengelaskannya, iaitu I. "satuan himpunan", II. "keserupaan", III. "sesuatu yang berkaitan dengan proses perbuatan", dan IV. "pengaruh bahasa sukuan di Indonesia". Dengan penggolongan ini, hubungan antara pelbagai makna akhiran -an {-an} dapat diperjelas dengan mudah. Kaedah yang diusahakan oleh pengkaji asing ini merupakan hasil pembelajaran pelajar asing yang belajar bahasa Melayu untuk meringankan beban hafalan melalui kamus dan tatabahasa buku teks.

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2022-01-06