Persepsi Wanita Orang Asli Bandar dan Luar Bandar di Malaysia terhadap Imej Tubuh
(The Perception of Malaysian Rural and Urban Indigenous Women on Body Image)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.14(2)no7Abstrak
Kajian ini meneroka persepsi imej badan di kalangan wanita Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian diambil dari persekitaran bandar (n = 38) dan luar bandar (n = 21) melibatkan peserta yang menghadapi kekangan sosio-ekonomi yang tidak sejajar dengan masyarakat umum dalam memperinci perbezaan ketidakpuasan tubuh, kepuasan terhadap imej, dan tahap kegelisahan sosial fizikal antara wanita Orang Asli bandar dan luar bandar. Wanita Orang Asli di luar bandar mencatatkan tahap ketidakpuasan badan yang lebih tinggi berbanding dengan wanita Orang Asli dari kawasan bandar. Namun, tidak ada perbezaan yang ketara dalam sikap terhadap imej badan antara wanita Orang Asli di kedua-dua lokasi tersebut. Didapati juga tahap ketidakpuasan badan yang lebih tinggi adalah sejajar dengan imej badan yang kurang memuaskan di kalangan wanita Orang Asli di Malaysia. Kerana tanggapan dimana pengaruh pembudayaan Barat terhadap imej badan, wanita Orang Asli di kawasan bandar yang tidak ada masalah berat badan menunjukkan tahap kegelisahan yang lebih tinggi mengenai fizikal mereka berbanding wanita dari luar bandar dengan ukuran badan yang serupa. Didapati juga tahap ketidakpuasan yang lebih tinggi terhadap bentuk imej badan berkolerasi dengan imej bentuk badan yang lebih rendah kalangan wanita Orang Asli di Malaysia.
Kata kunci: Imej tubuh, orang asli Malaysia, bandar dan luar bandar, persepsi wanita
