Kajian Seramik di Bahagian Pantai Barat Sabah

(Ceramics Findings in Archeological Sites in the West Coast of Sabah)

Pengarang

  • Nurulnatasha Azman Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(2)no3

Abstrak

Terdapat penemuan seramik yang banyak di tapak arkeologi di bahagian pantai barat Sabah antaranya di Sungai Padang, Papar, Tuaran, Pulau Eno, Pulau Mengalum, Pulau Rusukan Besar dan Sungai Likas. Hasil kajian yang telah dilakukan mendapati kebanyakan seramik ini berasal dari pelbagai negara dan jangka masa yang berbeza-beza, seperti seramik China dari pelbagai dinasti, seramik dari Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan juga Kemboja. Di samping itu, seramik dari Eropah juga turut ditemui. Jangka masa seramik ini adalah dari zaman Dinasti Sung (Abad 10-13 Masihi), Dinasti Yuan (Abad 13-14 Masihi), Dinasti Ming (Abad 14 -17 Masihi), Dinasti Ch'ing (Abad 17-20 Masihi), Eropah (Abad 19-20 Masihi), Thailand (Abad 13- 15 Masihi) dan Vietnam (Abad 14 -15 Masihi). Jumpaan ini menunjukkan berkemungkinan pada suatu masa dahulu kawasan pantai barat Sabah merupakan kawasan perdagangan atau persinggahan yang penting bagi kapal-kapal dagang berikutan penemuan seramik yang banyak dari pelbagai negara dan berlainan jangka masa.

Kata kunci: Seramik, perdagangan, Asia Tenggara, Sabah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-07-02