Menarikan Ilustrasi: Perkembangan Sistem Notasi Vernakular untuk Tari Melayu
(Dancing the Illustrations: Development of Vernacular Notation System for Malay Dance)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.14(2)no4Abstrak
Pengamalan sistem notasi tari vernakular yang dicipta khas, digunakan dan diedarkan dalam kalangan komuniti pengamal pelbagai genre tari Melayu tempatan menjadi salah satu alternatif dalam pengukuhan dokumentasi dan pelestarian tari sejak 1940-an, untuk kedua-dua domain akademik (D'Cruz, 1979; Mohd Ghouse, 1979) dan masyarakat umum (Ahmad Omar, 2005; Daud, 1965). Artikel ini menghuraikan keberadaan sistem notasi vernakular tari Melayu yang berlandaskan tiga jenis pendekatan ilustrasi, iaitu (1) notasi tapak kaki, (2) notasi posisi penari, serta (3) pelan pola lantai. Dapatan diperoleh daripada analisis skor pergerakan berdasarkan pengetahuan Labanotasi serta daripada sorotan literatur dan pemerhatian peserta. Artikel ini ingin mengisi kekosongan pembangunan dan kepenggunaan sistem-sistem notasi vernakular yang belum diwacanakan dalam konteks pengajian dan penyelidikan tari tempatan, serta menunjukkan peranan notasi vernakular dalam industri seni tari semasa.
Kata-kata kunci: notasi tari, notasi vernakular, tari Melayu
