Fonologi dan Leksikal Bahasa Orang Asli Che Wong

(Phonological and Lexical Aspects of the Language of the Che Wong Aboriginal People)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no4

Abstrak

Masyarakat orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kelompok utama, iaitu senoi, negrito dan Melayu Proto. suku orang asli Che Wong tergolong dalam kelompok orang asli senoi. sebahagian besar masyarakat orang asli Che Wong tinggal di Pahang terutamanya di perkampungan sungai Enggang Kuala Gandah Pahang. Berdasarkan pemerhatian terdapat pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa natif orang asli Che Wong kerana wujudnya dominasi bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dalam proses komunikasi masyarakat orang asli Che Wong. Kajian ini memfokuskan aspek bahasa Che Wong yang digunakan sebagai alat komunikasi di Kampung sungai Enggang Kuala Gandah, Pahang. informan dalam kajian ini terdiri daripada penutur natif suku Che Wong. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan aspek fonologi dan leksikal bahasa suku orang Asli Che Wong dengan menggunakan pendekatan linguistik struktural. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui teknik rakaman dan lafaz. Pentranskripsian dilakukan menggunakan Symbol International Phonetic Alphabet (IPA) bersumberkan data kosa kata bahasa Che Wong berdasarkan senarai swadesh dan kelas kata bertema. Berasaskan kajian, didapati bahawa bahasa Che Wong mempunyai lapan fonem vokal dan 20 fonem konsonan. Berdasarkan leksikal bertema pula pengkaji mendapati terdapat perbezaan dan persamaan antara bahasa Che Wong dengan bahasa Melayu. Dalam kosa kata bertema kategori peralatan rumah khususnya terdapat persamaan penggunaan kosa kata antara bahasa Che Wong dengan bahasa Melayu. namun begitu, secara keseluruhan penggunaan kosa kata banyak mengekalkan bahasa Che Wong sendiri. Kajian terhadap bahasa orang asli suku Che Wong yang meliputi aspek fonologi dan leksikal dilakukan agar struktur bahasa ini didokumentasikan secara terperinci, dan memastikan kelangsungan bahasa ini agar tidak pupus ditelan zaman.

Kata kunci : Orang asli, Che Wong, senoi, bahasa, fonologi, leksikal

Biografi Pengarang

  • Norajihah Muda, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah, Universiti Putra Malaysia
    Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-01