Etnografi Komunikasi Orang Asli Jakun
(Ethnography of Communication of the Jakun Tribe)
DOI:
https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no2Abstrak
Kajian ini membincangkan etnografi komunikasi orang asli Jakun di dua buah perkampungan orang asli Jakun di Mukim Kahang, iaitu di Kampung Seri Kenangan dan Kampung Punjut. Objektif kajian ini adalah untuk menjelaskan etnografi komunikasi orang asli Jakun. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif untuk menghuraikan data yang dikumpulkan di lapangan. Data etnografi komunikasi dipungut menerusi temu bual terhadap 20 orang informan orang asli Jakun. Deskripsi etnografi komunikasi bahasa Jakun dalam kajian ini menggunakan kerangka teori S.P.E.A.K.I.N.G. saranan Dell Hymes (1964). Kerangka teori S.P.E.A.K.I.N.G. ini telah dapat menghuraikan peristiwa komunikasi dan latar belakang Orang Asli Jakun.
Kata kunci: Orang Asli; Orang Asli Jakun; etnografi komunikasi; teori SPEAKING
