Pola Perbelanjaan Belia Melayu B40 dan M40 di Kuala Lumpur

(The Pattern of Consumption of B40 and M40 Youth in Kuala Lumpur)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.14(1)no3

Abstrak

Kajian ini berfokus untuk menganalisis perbelanjaan belia kumpulan B40 dan M40 yang menetap di bandar iaitu di Kuala Lumpur melalui keperluan-keperluan tertentu. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu kerangka kajian mengenai apakah keperluan-keperluan yang diutamakan ketika berbelanja telah dibentuk. Keperluan tersebut adalah keperluan asas, perlindungan dan kesihatan, keluarga, agama, dan masa lapang. Menerusinya, hasil daripada dapatan kajian memperlihatkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan ketika berbelanja berdasarkan keperluan tersebut. Namun begitu, didapati terdapat perbezaan keutamaan ketika berbelanja seperti yang dilakukan oleh responden bagi menjamin kelangsungan hidup di bandar. Walaupun keperluan asas seperti pemilikan rumah sering menjadi topik perbincangan, akibat harga yang tidak mampu milik lebih-lebih lagi di bandar telah menyebabkan membeli rumah bukanlah penyumbang utama dalam pecahan perbelanjaan. Hal ini mencadangkan bahawa jenis penempatan menyumbang kepada bentuk gaya hidup dan perbelanjaan yang menjadi amalan oleh golongan belia di bandar.

Kata kunci: bandar, belia, keperluan, Melayu, pendapatan, perbelanjaan

Biografi Pengarang

  • Nur Jannah Bukhari, Universiti Malaya
    Jabatan sosio-Budaya/ Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
  • Kim Keum Hyun, Universiti Malaya

    Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

  • Aida Idris, Universiti Malaya
    Jabatan Polisi dan Perancangan Perniagaan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya
  • Marzudi Md Yunus, Universiti Malaya
    Jabatan sosio-Budaya/ Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2021-01-01