Politik dan Ekonomi Terengganu pada Hujung Abad Ke-18: Kajian terhadap Warkah Sultan Mansur Shah I

(The Politics and Economy of Terengganu in the Late 18th Century: A Study of the Letters of Sultan Mansur Shah I)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.13(2)no5

Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang kandungan 17 pucuk warkah kiriman Sultan Terengganu, iaitu Sultan Mansur Shah I kepada Francis Light yang tersimpan di perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London dengan nombor rujukan SOAS MS 40320. Warkah bertulisan jawi ini telah dikirim sekitar tahun 1785 hingga tahun 1794. Kandungannya merangkumi politik Terengganu yang melibatkan hubungan luar dengan Siam dan Inggeris. Siam sentiasa mengugut untuk menyerang Terengganu terutamanya selepas Siam menawan Patani pada tahun 1785. Terengganu berusaha menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kompeni Inggeris untuk melindunginya daripada serangan Siam. Namun begitu, usaha tersebut tidak berjaya disebabkan dasar tidak campur tangan Kompeni Inggeris. Dalam aspek ekonomi, Terengganu menjalin hubungan dagang dengan Palembang yang membekalkan lada dan timah dan pelabuhan di Jawa dan Borneo. Terengganu turut mempunyai hubungan dagang antarabangsa dengan China dan India. Perdagangan Sultan Terengganu diuruskan oleh saudagar raja, iaitu Saudagar Nasruddin. Kapal-kapal Inggeris turut digunakan untuk menumpangkan bakal haji ke Mekah melalui pelabuhan di Pulau Pinang dan India. Warkah ini turut menceritakan jalur keturunan Sultan Mansur Shah I yang berkait rapat dengan kesultanan Johor dan Patani. Keseluruhan kandungan warkah ini telah membantu memberikan maklumat yang lebih terperinci terhadap politik dan ekonomi kesultanan Terengganu pada hujung abad ke-18.

Kata kunci: Koleksi Surat-surat Francis Light, Terengganu, Sultan Mansur Shah I, cap mohor

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-07-07