Adaptasi Teks Sejarah kepada Filem: Kajian Bandingan Teks Sejarah Kerajaan Melayu Patani kepada Filem Queens of Langkasuka

(Adaption of History Text to Film: Comparative Study of Text Sejarah Kerajaan Melayu Patani into Film Queens of Langkasuka)

Pengarang

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.13(2)no6

Abstrak

Filem Queens of Langkasuka merupakan filem adaptasi daripada teks Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Kehebatan raja-raja perempuan Patani telah menarik perhatian banyak pihak hingga detik-detik sejarah pemerintahan mereka difilemkan. Persoalannya, adakah fakta dan peristiwa dalam filem sama seperti yang terdapat dalam sumber asalnya ataupun fakta dan peristiwa tersebut telah ditambah, dibuang dan dikekalkan. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk membandingkan filem Queens of Langkasuka dengan teks Sejarah Kerajaan Melayu Patani untuk memperlihatkan sejauh mana wujudnya persamaan antara filem dengan teks sejarah. Objektif kedua, iaitu melihat teknik adaptasi yang digunakan oleh pengarah. Bagi mencapai objektif ini, teori adaptasi telah digunakan untuk melihat aspek yang ditambah, dibuang dan dikekalkan. Bertepatan dengan itu, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan melalukan analisis teks, filem dan perbandingan kedua-duanya. Kajian ini mendapati bahawa ketiga-tiga teknik adaptasi ini telah digunakan oleh pengarah dan penulis skrip untuk menghasilkan filem adaptasi Queens of Langkasuka. Dalam konteks perbandingan, banyak yang ditambah, di samping banyak pula yang dibuang dan diganti atau sengaja diubah. Justeru, filem Queens of Langkasuka berjaya berdiri sebagai sebuah karya seni yang tersendiri dan berbeza daripada teks sejarah diadaptasikannya.

Kata kunci: Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Queens of Langkasuka, Patani, sejarah, adaptasi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-07-07