Peranan dan Penglibatan Orang Laut Johor-Riau semasa Era Kerajaan Melayu Tradisional

(The Role and Involvement of Orang Laut of Johor-Riau during the Era of Traditional Malay Kingdom)

Pengarang

  • Roziah Mohamad Ali Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Khairi Ariffin Universiti Pendidikan Sultan Idris image/svg+xml

DOI:

https://doi.org/10.37052/jm.13(1)no1

Abstrak

Orang Laut Johor-Riau pernah memainkan peranan penting dalam era pembentukan kerajaan Melayu tradisional. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen dan manuskrip telah digunakan untuk menjawab soalan kajian dengan memperoleh sumber utama seperti dokumen dan manuskrip. Kajian turut disokong oleh sumber kedua dalam bentuk buku, jurnal dan artikel. Hasil kajian menunjukkan bahawa Orang Laut Johor-Riau merupakan tiang kuasa kepada kekuatan dan kegemilangan empayar Srivijaya sehingga kepada kerajaan Melayu Melaka dan Johor-Riau. Walau bagaimanapun, perubahan politi ekoran perpecahan yang berlaku dalam kerajaan Johor-Riau pada akhir abad ke-17 telah menjejaskan hubungan timbal balik yang terjalin antara Orang Laut Johor-Riau dengan kerajaan Melayu tradisional. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa perubahan politi yang berlaku telah meminggirkan Orang Laut Johor-Riau. Implikasi kajian menunjukkan bahawa perubahan politi yang berlaku seiring dengan perubahan peradaban ternyata memberikan kesan kepada masyarakat yang tidak bergerak seiring dengan perubahan tersebut.

Kata kunci: Orang Laut Johor-Riau, Srivijaya, kerajaan Melayu tradisional

Biografi Pengarang

  • Khairi Ariffin, Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03