Cabaran Pelestarian Bahasa Melayu Menjelang Revolusi Industri Keempat

(Challenges for the Preservation of the Malay Language in the Imminence of the Fourth Industrial Revolution)

Pengarang

  • Arndt Graf Goethe-University of Frankfurt

Abstrak

Artikel ini menganalisis cabaran pelestarian bahasa Melayu menjelang revolusi industri keempat. Perbincangan dimulakan dengan sejarah kemunculan konsep industri 4.0 termasuk yang berkaitan dengan "gelombang Kondratiev" dan diikuti dengan perbincangan secara teoretikal hubungan perubahan besar yang akan berlaku dalam bidang teknologi, bahasa, budaya dan politik. Kemunculan industri 4.0 ini dipromosikan oleh kerajaan Jerman sebagai respons kepada kemerosotan peranan negara tersebut dalam ekonomi global, akibat perkembangan pesat ekonomi China dan negara lain yang bukan berbahasa Inggeris atau Anglosphere. Kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di Malaysia, Indonesia dan Brunei dijangkakan akan terus menjadi penting selama perkembangan ekonomi di ketiga-tiga negara terus terjamin. Konsep Industri 4.0, iaitu kombinasi Internet of Things dengan Internet of Services yang memberikan banyak peluang dan ruang untuk bahasa Melayu selagi pengguna di Malaysia, Indonesia dan Brunei terus bertutur dalam bahasa Melayu. Implikasi bagi sistem pendidikan tinggi adalah untuk meningkatkan kebolehpekerjaan para pelajar dalam era Industri 4.0 dengan pelbagai cara, termasuklah: (1) memperkaya istilah sains dan teknologinya; (2) menambah khazanah ilmu berbahasa Melayu melalui penerbitan makalah jurnal dan buku yang sesuai dengan era Industri 4.0; (3) mengajar semua mata pelajaran di maktab, kolej dan universiti dalam bahasa Melayu. Pendek kata bahasa Melayu wajib dijadikan bahasa wacana untuk Industri 4.0.

Kata kunci: Bahasa Melayu, Revolusi Industri Keempat, Malaysia - Indonesia - Brunei Darussalam, implikasi untuk sistem Pendidikan Tinggi

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2020-01-03