Pelamin Masyarakat Iranun di Daerah Kota Belud, Sabah

(Bridal Dais of the Iranun Community in the District of Kota Belud, Sabah)

Pengarang

Abstrak

Artikel ini bertujuan mengkaji budaya benda atau peralatan yang digunakan untuk menonjolkan nilai keindahan pelamin masyarakat Iranun yang merupakan etnik minoriti yang mendiami kawasan di pesisir pantai khususnya di Kota Belud dan beberapa kampung di Lahad Datu. Penelitian ini melihat hubungan keindahan budaya benda (pelamin) masyarakat Iranun yang mengambarkan nilai sosial atau autoriti dalam struktur sosialnya melalui aspek budaya benda tersebut. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Lokasi kajian bertempat di tiga buah kampung di daerah Kota Belud yang terdiri dari Kampung Payas-Payas, Kampung Pantai Emas dan Kampung Peladuk. Seramai lapan orang informan telah ditemu bual dengan menggunakan kaedah soalan tidak berstruktur yang meliputi dokumentasi budaya benda yang terdapat pada pelamin masyarakat Iranun. Kajian menunjukkan bahawa artifak benda penting untuk memelihara status sosial masyarakat Iranun sekali gus mempamerkan keunikan etnik minoriti ini dalam meneruskan kelansungan hidup mereka dengan mengamalkan budaya yang diwarisi sehingga ke hari ini.

Kata kunci: Iranun, Kota Belud, budaya benda, pelamin, status sosial

Biografi Pengarang

  • Lokman Abd Samad, Universiti Malaysia Sabah

    Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,
    Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-07-04