Bekalan Air Domestik Negeri Kedah dalam Rancangan Malaya Kedua 1960-1965
(The Kedah Domestic Water Supply in the Second Malaya Plan 1960-1965)
Abstrak
Makalah ini menonjolkan peranan Kerajaan Kedah dalam membangunkan kemudahan bekalan air negeri Kedah dalam Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1960 sehingga tahun 1965. Tahun 1960 dipilih ekoran perancangan dan pelaksanaan projek bekalan air di seluruh negeri Kedah, manakala tahun 1965 dipilih ekoran berakhirnya Rancangan Malaya Kedua pada tahun berkenaan yang bermatlamat meningkatkan taraf hidup penduduk di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan sumber dari Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Wisma Darul Aman, Perpustakaan Awam Kedah dan Perpustakaan Awam Universiti Malaya. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa Kerajaan Kedah dilihat berjaya membangunkan kemudahan bekalan air di negeri Kedah dalam tempoh yang dinyatakan dan menjadi momentum kepada pelaksanaan projek bekalan air selepas itu.
Kata kunci: Kedah, bekalan air, domestik, pembangunan, Rancangan Malaya Kedua
