Membisu Seribu Bahasa, Mendusta Seribu Kata: Kesedaran Alam Melayu dalam Kajian Komunikasi di Malaysia

(Membisu Seribu Bahasa, Mendusta Seribu Kata: Awareness Of The Malay World In Communications Studies In Malaysia)

Pengarang

Abstrak

Kajian dan pendidikan formal komunikasi dan komunikasi massa di Malaysia telah wujud lebih empat dekad lamanya. Pendekatan dan konteks memahami fenomena komunikasi dikaji di luar konteks budaya dan masyarakat terpisah jauh dari Alam Melayu. Korpus komunikasi dan cabangnya seperti yang dikaji dan diajarkan di universiti di Malaysia merupakan korpus yang lahir dari luar budaya dan kosmologi alam dan masyarakat Melayu. Keadaan ini dikuatkan lagi dengan terjemahan bahan-bahan bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang membawa suatu andaian sejarah dan ideologi yang asing kepada kerangka pemikiran dan nilai Alam Melayu. Persoalannya bukanlah bahasa itu sendiri, tetapi ideologi dan pemikiran yang disalurkan itu. Kertas ini melihat kembali perkembangan pengajian komunikasi di Malaysia lalu mengemukakan beberapa pendekatan yang membabitkan perspektif dan kandungan kajian dan kurikulum dengan menyoal kembali beberapa andaian yang wujud selama ini.

Kata kunci: Alam Melayu, bahasa, budi, epistemologi, komunikasi, korpus, media, pemikiran

Biografi Pengarang

  • Ahmad Murad Merican, Universiti Teknologi Petronas

    Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-01-01