Weltanschauung dan Manifestasi Kepercayaan Tradisi Etnik di Sarawak

(Weltanschauung and the Manifestation of Beliefs in the Ethnic Traditions of Sarawak)

Pengarang

  • Awang Azman Awang Pawi Institut Pengajian Asia Timur

Abstrak

Weltanschauung dan kepercayaan tradisi etnik di Sarawak, iaitu Melanau, Iban dan Kedayan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka seharian. Pandangan dunia mereka dipengaruhi oleh kepercayaan awal, sebelum kedatangan Islam dan Kristian, iaitu animisme yang mempercayai makhluk halus, semangat dan roh, yang menjadi asas kepercayaan masyarakat tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pandangan dunia dan manifestasi daripada kepercayaan ini yang mencetuskan upacara tertentu bagi memenuhi tuntutan dan keperluan dalam masyarakat etnik tradisi tersebut. Kajian ini menggabungkan pendekatan etnografi dan kajian kepustakaan. Daripada kajian didapati bahawa selepas kedatangan agama Islam dan Kristian, kepercayaan tersebut masih bersemadi dalam kolektif memori masyarakat tersebut. Kolektif memori tersebut menjadi warisan budaya etnik tersebut di Sarawak. Didapati, masih terdapat Melanau Likow atau pagan yang mengamalkannya. Dalam kalangan etnik Iban pula masih diamalkan terutama di luar bandar lebih tertentu untuk pertanian dan perayaan. Makan Tahun etnik Kedayan pula telah mengalami pengislaman sesuai dengan kepercayaan baharu anutan etnik Kedayan. Ternyata, dinamika budaya mempengaruhi pandangan dunia dan mengubah manifestasi kepercayaan tradisi mereka merupakan signifikasi utama hasil penelitian ini.

Kata kunci: kepercayaan etnik, pandangan dunia, tradisi, Sarawak

Biografi Pengarang

  • Awang Azman Awang Pawi, Institut Pengajian Asia Timur

    Universiti Malaysia Sarawak

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2013-07-01