Sumbangan Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Pengajian Dunia Melayu: Suatu Penilaian
(Syed Muhammad Naquib Al-Attas' Contributions to Malay World Studies: An Appraisal)
Abstrak
Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas merupakan salah seorang pemikir Islam yang terkenal, mempunyai kepelbagaian kepakaran, kreatif, menguasai pelbagai disiplin ilmu, berkeperibadian yang berintegriti dan berkewibawaan seperti sarjana pemikir Islam yang terdahulu terutama Abū Hamid Muhammad al-Ghazālī (d.505/1111). Pelbagai sumbangan telah dicurahkan oleh beliau dalam kerja ilmiah terutamanya pengajian dunia Melayu. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada 24 buah buku dan monograf dalam Bahasa Melayu, dan banyak yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa lain, seperti Bahasa Arab, Parsi, Turki, Urdu, Malayalam, Indonesia, Jerman, Russia, Bosnia, Jepun, Hindi dan Korea. Antara penerbitan beliau: Rangkaian Ruba'iyyat, Some Aspects of Sufism as Understood and Practiced among the Malays, Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh, The Mysticism of Hamzah Fansuri, A Comment on the Hujjatu'l Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Penulisan kali ini akan membincangkan sumbangan beliau terhadap pengajian dunia Melayu dengan mengambil kira pengaruh kewibawaan beliau dalam membentuk pengajian dunia Melayu di Malaysia dan Asia Tenggara.
Kata kunci: Syed Muhammad Naquib al-Attas, pengajian Dunia Melayu, cendikiawan Islam, Islamisasi
