Pelestarian Pertukangan Besi di Pekan Darat Berdasarkan Teori Malakah Ibnu Khadun

(Preserving the Iron Craftsmanship in Pekan Darat Based on Theory of Malakah By Ibn Khaldun)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini akan membincangkan tentang ilmu kearifan tempatan yang dimiliki golongan "pandai besi" di Pekan Darat. Penulisan ini juga turut membincangkan tentang usaha yang perlu dilakukan ke arah melestarikan warisan ilmu kearifan Melayu ini berdasarkan teori malakah oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh tersohor dalam bidang ketamadunan melalui tulisan monumentalnya yang bertajuk Muqaddimah. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan berdasarkan penulisan yang ada. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara usaha untuk memelihara dan melestarikan warisan kebijaksanaan dan kearifan tempatan warisan Melayu adalah dengan melatih generasi muda agar menguasai ilmu dan kemahiran dalam seni pertukangan besi di samping mereka juga perlu dilatih dengan ilmu pengetahuan keusahawanan dan kreativiti pemasaran barangan.

Kata kunci: Ibn Khaldun, Muqaddimah, seni pertukangan besi, konsep malakah, kearifan tempatan, warisan, Pekan Darat

Biografi Pengarang

  • Suhaila Abdullah, Universiti Sains Malaysia

    Philosophy and Civilization Section,
    School of Humanities

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2014-07-01