Penyebaran Dialek Patani di Perak: Analisis Geolinguistik

(The Dissemination of Pattani Dialect in Perak: A Geolinguistics Analysis)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini bertujuan meneliti dialek Patani di Perak. Kesan penghijrahan sebilangan besar masyarakat Patani, akibat peperangan dan demi kelangsungan hidup mereka, telah menyebabkan wujudnya satu subdialek Melayu di Perak yang dikenali sebagai dialek Patani. Satu kajian lapangan telah dilakukan di 22 buah kampung di daerah Larut Matang Selama, Kuala Kangsar dan Hulu Perak yang melibatkan 156 responden yang mendapati wujudnya dialek ini. Kajian ini mengaplikasikan perisian Geographical Information System (GIS) yang dapat menjelaskan hubungan geografi dengan linguistik atau mudahnya geolinguistik. Secara tidak langsung, penyebaran dialek ini dikaitkan dengan faktor ruang dan bentuk muka bumi. Dahulunya, petempatan masyarakat Patani adalah di lereng bukit dan gunung kerana faktor keselamatan, tetapi kini mereka lebih terbuka dan berhijrah ke kawasan tanah pamah di sekitar Lenggong hingga berlaku interaksi dengan masyarakat setempat. Pertembungan ini telah berjaya menghasilkan beberapa leksikal baharu yang dikacuk bersama dialek tempatan seperti [muh̃a] untuk "kamu semua", [bantA] untuk "bantal" dan [ph] untuk "opah" (nenek). Yang menariknya, didapati beberapa kata pinjaman dialek Perak digunakan dengan meluas dalam dialek Patani.

Kata kunci: Patani, GIS, dialek, ruang, geolinguistik, penyebaran

Biografi Pengarang

  • Nor Hashimah Jalaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Institut Alam dan Tamadun Melayu

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2015-07-01