Menyingkap Tempurung Orang Melayu: Sejarah Melayu, Buku Teks dan Abdullah Munsyi

(Lifting the Coconut Shell Covering the Malays: Sejarah Melayu, Text Books and Abdullah Munsyi)

Pengarang

Abstrak

Kertas kerja ini ditulis bagi memperingati kelahiran yang ke-70 Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Saya menyusuri perkembangan edisi cetakan teks Sulalatus Salatin yang pernah diterbitkan di Asia Tenggara serta Eropah dengan menghujahkan dalil bahawa perubahan teks tidak timbul dalam teks yang telah dicetak. Edisi pertama yang dicetak, disunting oleh Abdullah Kadir Munsyi dengan kerjasama mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat, Alfred North di Singapura. Pendahuluan dalam edisi cetakan tersebut dipetik daripada teks Sejarah Melayu yang dijadikan buku teks sekolah yang diusahakan pada masa yang sama. Makalah ini mengkaji dampak karya Abdullah di dunia Melayu dan "nasib" teks buku sekolah ini serta meninjau proses penyuntingan yang dilakukan oleh pentadbir kolonial.

Kata kunci: Sejarah Melayu, Abdullah Munsyi, proses penyuntingan, pentadbir kolonial

Biografi Pengarang

  • Jan van der Putten, Universität Hamburg

    Asien-Afrika-Institut,
    Department of Languages and Cultures of Southeast Asia

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-01-01