Politik dan Sosioekonomi Negeri-negeri Selat pada Kurun Ke-19 dari Perspektif Vietnam
(The Politics and Socioeconomy of the Straits Settlement in the 19th Century from the Vietnamese Perspective)
Abstrak
Semasa pemerintahan Minh Mang (1820-1841) di Vietnam, pegawai istana dihantar ke kepulauan Melayu sebagai utusan untuk mengeratkan jalinan diplomatik dan merisik maklumat negara yang dikunjungi. Negeri-negeri di kepulauan Melayu yang dilawati termasuk Ma-la-kha [Malacca], Giang-luu-la [Batavia, Jakarta], Tan-gia-ba [Singapore], Tan-lang-du [Penang], dan La-tong [Luzon]. Antara pegawai yang penting dalam menjayakan misi diplomatik tersebut, termasuklah Ly Van Phuc. Oleh itu, makalah ini mengkaji catatan hasil daripada lawatan dan pemerhatian beliau terhadap aspek politik dan sosioekonomi di kepulauan Melayu, khususnya Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Kajian ini signifikan dalam mewarnai kembali satu gambaran bernilai tentang rantau kepulauan Melayu yang dilihat dari perspektif Vietnam.
Kata kunci: Vietnam, kepulauan Melayu, Ly Van Phuc, Negeri-negeri Selat
