Perubahan Bentuk Amalan Wasiat Masyarakat Melayu: Kesan Kedatangan Islam
(Changes in Methods of Bequest Among the Malays: The Impact of Islam)
Abstrak
Makalah ini bertujuan mengkaji bentuk amalan wasiat sejak zaman sebelum dan selepas penjajahan, serta kesannya dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Selain membongkar sejarah amalan wasiat menurut adat dan perundangan masyarakat Melayu, makalah ini juga meneliti perubahan dan perkembangan amalan wasiat selepas kedatangan Islam. Kajian dilakukan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Hasil kajian mendapati kedatangan Islam telah menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam hal pengurusan wasiat, serta menyelesaikan pertelingkahan dan permusuhan dalam kalangan ahli waris. Kedatangan Islam yang membawa undang-undang pusaka dan wasiat Islam yang syumul telah meningkatkan kesedaran dan mempengaruhi amalan wasiat dalam kalangan masyarakat Melayu hingga hari ini.
Kata kunci: wasiat, masyarakat Melayu, Tanah Melayu, adat, undang-undang
