Peranan Lembaga Tabung Haji untuk Meningkatkan Ekonomi dan Perkhidmatan Haji Orang Melayu 1969-1984

(The Role of Lembaga Tabung Haji in Enhancing the Economic Situation of the Malays and Hajj Services between 1969 and 1984)

Pengarang

Abstrak

Makalah ini meneliti peranan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam usaha meningkatkan ekonomi dan perkhidmatan haji orang Melayu. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, khususnya Laporan Tahunan Lembaga Tabung Haji. Penubuhan LTH memberikan kemudahan kepada orang Melayu menyimpan wang secara berdikit-dikit untuk menunaikan ibadah haji tanpa perlu menjual harta benda dan mengalami kesempitan hidup sekembali dari Tanah Suci Makkah. Lembaga Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab memelihara kebajikan jemaah haji dari aspek kesihatan, pengangkutan dan penginapan tetapi juga berusaha melindungi jemaah haji daripada sebarang bentuk penipuan dan eksploitasi daripada pelbagai pihak. Pengalaman orang Melayu mengalami pelbagai kesulitan untuk merealisasikan cita-cita mereka menunaikan ibadah haji turut mengalami perubahan secara beransur-ansur dengan pelaksanaan sistem pengurusan haji yang lebih sistematik dan teratur.

Kata kunci: Lembaga Tabung Haji, orang Melayu, Makkah, ibadah haji, ekonomi

Biografi Pengarang

  • Aiza Maslan@Baharudin, Universiti Sains Malaysia

    Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2016-07-01