Aplikasi Model Humor Shaiful Bahri: Suatu Pembaharuan dalam Wayang Kulit Kelantan

(Application of Shaiful Bahri's Humour Model in the Shadow Puppet Theatre of Kelantan)

Pengarang

  • Mohd. Zaki Ab. Rahim Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

Abstrak

Makalah ini membincangkan unsur humor dalam wayang kulit dengan tumpuan khusus pada persembahan wayang kulit Dalang Saupi. Sebagai seni persembahan yang kian terpinggir, peranannya sebagai entiti hiburan tidak lagi dianggap relevan kerana unsur humornya yang rigid dan gayanya yang sudah ketinggalan zaman. Sehubungan dengan itu, Dalang Saupi telah melakukan pelbagai pengubahsuaian. Dari segi naratifnya, aspek humor oleh watak inang pengasuh dikembangkan dan diberikan keutamaan, selain watak Pak Dogol, Said, Wak Long, Samat dan Wok Yoh, supaya lebih kontemporari dan berciri semasa. Kajian yang berorientasikan kerja lapangan ini dilakukan di Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Pasir Putih, Kelantan dengan meneliti empat buah cerita sebagai rujukan. Makalah ini menghuraikan cara Dalang Saupi memanipulasi dan mengaplikasi unsur humor dalam persembahannya menggunakan model humor Shaiful Bahri (2000) menerusi unsur kritikan, kejanggalan, keanehan dan kejutan sehingga berjaya membangkitkan minat khalayak dan menyegarkan kembali seni wayang kulit Kelantan sebagai wadah hiburan.

Kata kunci: humor, wayang kulit Kelantan, kritikan, kejanggalan, keanehan, kejutan

Biografi Pengarang

  • Mohd. Zaki Ab. Rahim, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

    Jabatan Ilmu Pendidikan

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-01-01