Kajian Saka dari Perspektif Sains Berdasarkan Warna Aura

(A Study of Saka from the Scientific Perspective Using Aura Colours)

Pengarang

Abstrak

Saka merupakan suatu fenomena yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara dan sering dikaitkan dengan budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Saka merujuk hubungan antara manusia dengan jin atau makhluk halus untuk tujuan tertentu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan saka dari perspektif sains. Kajian yang dijalankan merupakan kajian rintis yang menggunakan kaedah eksperimental dan kajian kes. Kajian ini melibatkan dua orang responden yang memiliki saka dan seorang responden yang tidak memiliki saka untuk tujuan perbandingan. Data kajian diperoleh daripada alat tindak balas badan, iaitu biomaklum balas (biofeedback) yang menggunakan program warna aura badan (WinAura). Hasil kajian mendapati bahawa individu yang memiliki saka menunjukkan warna khas (merah) pada bahagian tertentu badan. Kajian ini telah berjaya menghubungkan antara fenomena aura yang bewarna merah dengan kewujudan jin di dalam diri responden, tetapi masih belum dapat membuktikan kewujudan jin, iaitu "jenis jin" saka secara saintifik.

Kata kunci: saka, alat biomaklum balas, program warna aura badan, kajian saintifik, kaedah eksperimental

Biografi Pengarang

  • Yohan Kurniawan, Universiti Malaysia Kelantan

    Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

  • Alexander Stark, Universiti Malaysia Kelantan

    Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2017-01-01