Warkah Sultan Ibrahim 1785-1794: Cerminan Politik dan Ekonomi Selangor pada Hujung Abad ke-18
(Letters from Sultan Ibrahim 1785-1794: Selangor Political and Economic Reflections at the End of 18th Century)
Abstrak
Artikel ini menganalisis kandungan 47 pucuk warkah yang dikirimkan oleh Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim sekitar penghujung abad ke-18 yang tersimpan dalam koleksi "Surat-surat Francis Light" (the Light Letters) dengan nombor rujukan MS 40320. Kesemua warkah ini merupakan manuskrip bertulisan jawi yang tersimpan di bahagian Arkib Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of London. Warkah Sultan Ibrahim ini telah dikumpulkan daripada koleksi "Surat-surat Francis Light" dan diatur semula susunannya mengikut tarikh yang tercatat pada warkah. Warkah ini sebahagian besarnya memaparkan hubungan antara Sultan Selangor, iaitu Sultan Ibrahim dengan Francis Light. Penganalisisan warkah termasuklah cap mohor, isi kandungan dan penutup warkah. Kandungan warkah menyentuh aspek politik, ekonomi, persenjataan dan urusan menunaikan fardu haji. Warkah ini merupakan rujukan bertulis yang penting bagi sejarah negeri Selangor kerana kandungannya yang memaparkan suasana politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Selangor pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim berdasarkan sumber daripada baginda sendiri.
Kata kunci: Surat-surat Francis Light, Selangor, Sultan Ibrahim, cap mohor
