Api dalam Sekam: Menelusuri Faktor Pencetus Konflik Perkauman Melayu-Cina Selepas Pendudukan Jepun

(Discovering the Factors that Trigger Malay-Chinese Conflict after the Japanese Occupation)

Pengarang

  • Mohamed Ali Haniffa Universiti Utara Malaysia image/svg+xml
  • Nor Azlah Sham Rambely Universiti Utara Malaysia image/svg+xml
  • Ayu Nor Azilah Mohamad Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Abstrak

Artikel ini meneliti faktor yang mencetuskan ketegangan hubungan antara orang Melayu dengan Cina selepas pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 mengubah landskap penjajahan British di Tanah Melayu. Imperialisme dan kolonialisme membawa kebanjiran imigran di Tanah Melayu dan kehilangan hak orang Melayu di tanah air sendiri. Pemerintahan tentera Jepun memberikan ruang kepada komunis melakukan kezaliman ketika melegitimasikan kuasa mereka. Prasangka yang berakar umbi diterjemahkan dalam bentuk konflik perkauman Melayu-Cina di Tanah Melayu. Orang Melayu yang dizalimi oleh penjajah mula memikirkan kelangsungan survival bangsa. Kajian menggunakan metodologi pendekatan sejarah, rekod kolonial dan wawancara informer tempatan. Ternyata, konflik perkauman Melayu-Cina membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu untuk menentang penjajah.

Kata kunci: Perjanjian Pangkor, imperialisme dan kolonialisme, Jepun, pergaduhan Melayu-Cina, nasionalisme

Biografi Pengarang

  • Nor Azlah Sham Rambely, Universiti Utara Malaysia

    Jabatan Tamadun dan Falsafah,
    Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah

  • Ayu Nor Azilah Mohamad, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

    Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan,
    Pusat Pengajian Teras

Rujukan

Muat turun

Diterbitkan

2019-01-11