Moluska: Sumber Diet Masyarakat Prasejarah Bukit Sarang, Ulu Kakus, Sarawak
(Molluscs: Food Sources of Prehistoric Communities in Bukit Sarang, Bintulu, Sarawak)
Abstrak
Artikel ini membincangkan sisa cangkerang moluska yang dijumpai melalui ekskavasi arkeologi di tapak Lobang Batu Puteh, Bukit Sarang, Ulu Kakus, Bintulu, Sarawak pada tahun 2003 oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USIM), Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Muzium Sarawak, Kuching dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kuching, Sarawak. Ekskavasi sistematik mendedahkan jumpaan pelbagai jenis artifak dan ekofak yang berusia sekitar 860 ± 50 before the present (BP) hingga 420 ± 50 (BP). Berdasarkan analisis arkeozoologi, sisa cangkerang moluska yang dieksploitasi terdiri daripada spesies B. episcopalis, C. nigricans, N. pulligera, R. lingulatus, Polymesoda spp. dan A. striata. Oleh itu, bukti ini merupakan petunjuk subsistem dan adaptasi masyarakat prasejarah tersebut yang merangkumi persekitaran sungai air tawar, air payau, paya bakau dan estuarin atau marin.
Kata kunci: prasejarah, arkeozoologi, sisa cangkerang, moluska, spesies
